OKTOBER 2022

Data, Inovasi Pemacu PCDS 2030: Premier


KUCHING, Sabtu: Data dan inovasi sebagai prinsip asas pelaksanaan PCDS 2030 adalah langkah yang amat bertepatan dengan tuntutan pembangunan era digitalisasi, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg.

Beliau berkata tidak dapat dinafikan data kini komoditi yang amat bernilai untuk memacu inovasi sekaligus menambah nilai sumber-sumber negeri ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan bersempena Majlis Penutupan Rasmi Konvensyen Inovasi Sarawak di sini pada malam Jumaat.

Beliau menjelaskan bahawa PCDS 2030 juga digubal berdasarkan gabungan data daripada pihak awam, swasta dan profesional untuk menggandakan ekonomi Sarawak daripada RM133 bil kepada RM282 bil menjelang 2030.

“Itu suatu matlamat yang amat mencabar untuk dicapai namun saya yakin ia mampu dicapai melihat kepada semangat inovasi penjawat awam kita,” ujar beliau. 

Beliau berkata badan-badan pemikir seperti Malaysian Institute of Economic Research (MIER) mengiktiraf usaha Kerajaan Sarawak untuk melakar hala tuju ekonomi pasca COVID-19 supaya mampu menjadi negara maju berpendapatan tinggi ada 2030. 

Turut berucap Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar bin Marzuki dan Pemangku Setiausaha Persekutuan, Banges Munga. 

Hadir bersama Timbalan Premier, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian, Speaker DUN, Tan Sri Datuk Amar Hj Mohamad Asfia bin Awang Nassar, ministers and deputy ministers.

Sumber dari : Sarawakku